Seksyen Penyelidikan, di bawah Bahagian Penyelidikan, Pembangunan Kualiti dan Inovasi Lembaga Lada Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian intensif ke atas lada hitam bagi meningkatkan produktiviti lada dan mentransformasikan struktur industri lada daripada pengeluar bahan mentah kepada pengeluar produk-produk bernilai tambah tinggi demi pembangunan industri lada negara yang mampan.
Peranan Seksyen Penyelidikan
Melaksanakan kajian R&D yang mencetuskan
pembangunan industri lada secara menyeluruh;
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan
R&D lada;
Membangunkan Pusat Germplasma Lada;
Menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti;
Membangunkan produk tambah nilai;
Membangunkan produk makanan berasaskan
lada;
Menerbit dan menyebarkan maklumat
saintifik kepada para pelanggan; dan
Menyediakan khidmat nasihat teknikal
kepada para pelanggan.
Sektor Huluan
Merevolusi amalan penanaman
lada melalui kajian pertanian organik, sistem tanaman gilir dan sistem
persekitaran penanaman terkawal (IOTs);
Melaksanakan inovasi amalan pertanian seperti penghasilan
sokongan alternatif dan input pertanian berkos rendah;
Membangunkan kaedah kawalan penyakit dan
perosak lada secara biologi yang mesra alam;
Membangunkan kaedah kultur tisu untuk
menghasilkan bahan tanaman bebas penyakit;
Membangunkan aplikasi mudah alih untuk
diagnosis masalah penyakit dan kekurangan nutrisi lada;
Membangunkan penanda biologi melalui
kajian bioteknologi; dan
Melaksanakan program pembiakbakaan lada
untuk menghasilkan varieti baru dan berkualiti.
Sektor Hiliran
Menerokai aplikasi baru ekstrak lada
dalam pembangunan produk kecantikan dan penjagaan diri;
Melaksanakan kajian keberkesanan ekstrak
lada sebagai bahan aktif dalam pembangunan produk nutraseutikal;
Membangunkan produk makanan berasaskan
lada; dan
Memindah formulasi, proses dan teknologi
pembangunan produk kepada pengusaha kecil sederhana.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.