Bahagian Perdagangan

Menjalankan aktiviti perdagangan lada dengan memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan serta menawarkan produk berkualiti kepada pasaran lada dengan matlamat mewujudkan industri lada yang mempan dan bernilai tinggi.
Meningkatkan kecekapan perdagangan lada ke arah kemampanan industri lada negara.
saraspicepng.png

Fungsi

  • Menjalankan aktiviti pembelian lada dengan menawarkan pasaran alternatif kepada penggiat industry.

  • Menjalankan aktiviti jualan eksport produk pukal dan runcit untuk pasaran dalam dan luar negara.

  • Menjalankan aktiviti pengurusan stok dan stor perdagangan

Pembelian & Jualan Lada

Pembelian Lada

Melalui aktiviti pembelian lada, MPB menawarkan pasaran alternatif kepada penggiat industri lada seperti berikut:

  • Pekebun
  • Usahawan
  • Pertubuhan Peladang Kawasan
  • Peraih/Pelesen

Pembelian lada oleh MPB dilaksanakan secara Pembelian Setempat.

 

Pembelian Setempat adalah dimana para pekebun lada akan membawa hasil lada mereka ke pusat MPB iaitu di Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Bintangor, Sibu dan Bintulu untuk dijual

Jualan Lada

MPB menjalankan aktiviti jualan lada pukal dan runcit dengan menawarkan produk lada berkualiti pada harga yang kompetitif.

Jualan Pukal

MPB menjual lada secara pukal di pasaran dalam dan luar negeri. Lada yang dijual secara pukal dibungkus menggunakan polywoven bag (50 kg) atau kraft paper bag (20/25 kg) bergantung kepada permintaan pengimport/pembeli.

Jualan Runcit

MPB menghasilkan jenama runcit produk lada berasaskan makanan dan bukan makanan yang dikenali sebagai jenama Saraspice. Produk-produk Saraspice boleh didapati di MPB Kuching dan ‘outlet’.
PemegangTaruhAwamnew
StaffMPBnew

Lembaga Lada Malaysia
AddLot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel +6 082 331811 Fax+6 082 336877
webmaster@mpb.gov.my
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       :    +6 082 331811
Fax      :    +6 082 336877
Email  :    info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2021 Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.