Penyelidikan

Lembaga Lada Malaysia adalah organisasi utama yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan kajian intensif ke atas lada (Piper nigrum L.) ke arah pembangunan industri lada Negara yang mampan melalui penyelidikan Bioteknologi, Agronomi, Kimia dan pembangunan produk tambah nilai lada.

Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran lada serta mentransformasikan struktur pengeluaran dari pengeluaran bahan mentah kepada pengeluaran produk tambah nilai.

Fungsi :

  • Menjalankan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti pembangunan yang akan mencetuskan pembangunan industri lada secara menyeluruh;
  • Membangunkan kemudahan dan infrastruktur untuk menyokong penyelidikan dan aktiviti-aktiviti pembangunan lada;
  • Membangunkan pusat germplasm lada;
  • Meningkatkan hasil tambah aktiviti hiliran dalam industri lada melalui pembangunan dan penggunaan hasil sampingan produk;
  • Menjalankan pengumpulan maklumat saintifik kepada para pelanggan;
  • Menerbit dan menyebarkan maklumat saintifik kepada para pelanggan;
  • Menyediakan khidmat nasihat dan penasihat teknikal;
  • Membekalkan bahan penanaman berkualiti bagi memenuhi keperluan dan pembangunan perladangan lada; dan
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dari semasa ke semasa.

Sektor Huluan

  • Penyelidikan bioteknologi untuk membangunkan varieti baru lada yang dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan rintang terhadap jangkitan penyakit serta perosak;
  • Penghasilan/pembangunan kaedah alternatif dalam pengawalan penyakit dan perosak selain daripada penggunaan racun kimia;
  • Penghasilan amalan penanaman lestari;
  • Penghasilan teknologi mesra alam.

Sektor Hiliran

  • Penyelidikan dan pembangunan produk makanan;
  • Penyelidikan dan pembangunan produk bukan makanan.
     Aktiviti utama adalah seperti berikut:
  • Pengekstrakan minyak dan bahan bioaktif daripada lada.
  • Penghasilan sebatian kimia baru yang berasaskan bahan bioaktif lada;
  • Mengenalpasti potensi lada melalui ujikaji biologi;
  • Penghasilan pelbagai produk tambah nilai yang berasaskan lada.
Paparan Terbaik : 1366 x 768 px | Google Chrome | Firefox | Safari
Paparan Terbaik Mobile Version : Chrome | Firefox |  Tarikh Kemaskini:

mygov
KSN
mpic
sawit
get
timber
koko
tembakau
IPC
doa
Links IIM