Skim Tanaman Baharu Lada

OBJEKTIF

Membantu pekebun mengusahakan tanaman baharu lada.

Had Bantuan Bagi Seorang Pekebun Dalam RMK-11 (2016 – 2020)

WILAYAHHad Bantuan Untuk Seorang   Pekebun
Sarawak 0.1 hektar (200 pokok) hingga 0.4 hektar(800 pokok)
Semenanjung Malaysia 0.1 hektar (200 pokok) hingga 0.4 hektar(800 pokok)
Sabah 0.02 hektar (50 pokok ) hingga 0.4hektar(800 pokok)

Jenis Dan Nilai Bantuan Untuk 0.1 hektar (200 pokok)

Jenis Bantuan
UNIT
NILAI / KUANTITI
JUMLAH BESAR (RM)
TAHUN 1
TAHUN 2
1.Bantuan Tunai
  • Insentif Keratan Lada@ RM3.00/keratan
200 keratan
600
-
600
  • Insentif Tiang Sokongan (tuat)@ RM5.00/ batang
200 batang
1000
-
1,000
2.Bantuan Input Pertanian
  • Baja sebatian 25kg/beg
12 beg
RM260/
(4 beg)*
RM525/
(8 beg)*
785
  • Dolomite 25kg/beg
12 beg
RM140/
(8 beg)*
RM75/
(4 beg)*
215
JUMLAH (RM)
 
2,000
600
2,600

Nota:

i.   Bilangan pokok lada dalam satu (1) hektar: 2,000 pokok.
ii. *Bilangan beg baja dan dolomite boleh berubah bergantung kepada harga tender bagi input tersebut. 

Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sarawak dan Semenanjung Malaysia
  • Penerima bantuan adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki sekurang-kurangnya 200 pokok lada baharu yang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah menerima bantuan hanya layak dipertimbangkan semula selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.

- Sebagai contoh, pekebun yang telah diluluskan dengan bantuan yang diluluskan pada tahun 2016 hanya layak dipertimbangkan pada tahun 2019.


 Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sabah

  • Penerima adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki sekurang-kurangnya 50 pokok lada baharu yang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah mendapat bantuan hanya layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.

-  Sebagai contoh, pekebun yang telahdiluluskan dengan bantuan yang diluluskan pada tahun 2016 hanya layak dipertimbangkan pada tahun 2019.

Paparan Terbaik : 1366 x 768 px | Google Chrome | Firefox | Safari
Paparan Terbaik Mobile Version : Chrome | Firefox |  Tarikh Kemaskini:

mygov
KSN
mpic
sawit
get
timber
koko
tembakau
IPC
doa
Links IIM